Thursday 31 October 2019

HATI YANG SATU



Tidak dinafikan, hati berubah sikap apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Pada masa-masa tertentu, hati dapat menerima sesuatu keadaan tetapi pada waktu yang lain, hati berubah menjadi sebaliknya.
Sebenarnya, hati jarang sekali tetap teguh pada satu-satu perkara. Ada masanya, hati dapat menerima dan ada masanya hati menolak. Hal ini disebabkan di dalam hati manusia sendiri terdapat pelbagai ramuan yang dapat menyebabkan hati berubah.
Ada masanya, hati tidak berubah walaupun dipujuk berkali-kali, tetapi ada masanya hati dapat berubah sekelip mata. Ini adalah satu petanda hati tidak teguh pendiriannya.
Begitulah keadaan dan sikap hati apabila berhadapan dengan kebenaran. Ada yang dicuba hatinya kemudian tidak percaya dengan Allah. Malah ada yang semakin bertambah iman serta keyakinan pada Allah. Tidak kurang juga ada hati yang ragu-ragu serta tidak memahami apa yang disampaikan.
Sekiranya kita rajin mengkaji, banyak faedahnya mengenali penyakit hati di dalam Al-Quran. Apabila mengenalinya, kita berusaha mencari penawar bagi hati yang sakit menderita itu.
ALLAH berfirman ;
"Pada hari Kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera."
(Surah As-Syura : ayat 88-89)

"BAHAGIAKAN HATIMU"
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

#annesulaiman

Thursday 24 October 2019

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN




Beli laptop atau telefon baru, tak salah. Nak guna yang lama pun tak salah. Itu hak masing-masing, bab harga sama dengan umrah atau deposit rumah, semuanya sendiri punya keputusan.
Namun, ada kegunaan laptop dan telefon untuk jadikan kalian jutawan, buktikan yang beli telefon atau laptop berharga RM6,000, boleh jana RM1,000,000 setahun.
Ini yang kita boleh buat:
1. Tulis #content bermanfaat, 1 atau 2 penulisan yang educate orang, inspire orang, dapat lebih 100 share sehari.
100 share, boleh kot dapat 50-70 peningkatan follower sehari.
70 follower x 365 hari setahun = 25,550 follower setahun.
2. Susun posting iklan sekali sehari. Jika produk kalian itu berharga RM79.90, sehari kalian boleh jual 35 unit sahaja, maka
RM79.90 x 35 unit = RM2,796.50 sehari
RM2,796.50 x 365 hari setahun = RM1,020,722.50
3. Bagaimana nak capai jualan 35 unit sehari?
Buat ini:
- susun content penerangan produk.
- buat iklan soft sell
- buat iklan hard sell
- contest
- review produk
- hype dan gimik
- bayar ads
Dan kalian pun jadi jutawan.
*****
Cara kerja, beza.
Cara fikir, beza.
Masa jadi tak tentu, boleh jadi siang kalian pergi kelas (kalau kalian student), atau uruskan rumah (kalau kalian suri rumah) atau kalian kerja, nak jadikan ini sebagai part time, kalian hanya perlu susunkan posting ikut timing sahaja.
10 pagi - crowd
12 tengah hari - iklan
3 petang - crowd atau side.
Settle!
Sedangkan ada suri rumah boleh jana jualan sampai RM6,000 sehari, inikan kalian yang ada otak emas dan cergas, pasti lebih boleh!
Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey!
Dah kaya, bawa keluarga emak ayah tunai umrah. Buktikan beli telefon harga RM6,000 boleh jana RM6,000,000!
Begitulah.


Kalau nak seribu daya. Nak tips lagi, klik sini: https://t.me/ContentKHM Khairul Hakimin Muhammad,

Wednesday 23 October 2019

BAHAGI ITU PILIHAN ...

Usahlah terlalu stress dengan pasangan. Masam mencuka, diam membisu, pendam seribu, dendam terbuku, kecewa dipalu, ammarah dipadu, lancang sama laju, berat dipangku. Lalu akhirnya hilang mawaddah, rahmah dan sakinah.
Cuitlah sekali sekala. Mengalahlah sekali sekala. Diamlah sekali sekala. Usiklah sekali sekala. Senyumlah sentiasa. Andai kita tidak memulakan, masakan berubah semuanya?
Mengharap pasangan berubah adalah umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak akan berubah manusia dengan kata-kata, bahkan kita akan penat dan kecewa. Lebih-lebih lagi apabila pasangan seakan buat tidak tahu.
Jadi bagaimana?
Kitalah yang harus ubah diri dahulu. Berasa diri sudah bagus dan baik akan membuat pasangan juga berasa demikian. Sama keras, sama ego, sama menanti perubahan pasangan dan sama sukar dilentur. Percayalah.
Sebaliknya, kesabaran kita mendidik diri sendiri supaya menjadi lebih baik akan menempiaskan kebaikan kepada pasangan dan anak-anak. Mereka melihat, lalu Allah memberikan hidayah. Mengapa kita terlalu gundah?
Yang membuat kita tertekan ialah kita mahu merubah orang lain menjadi seperti kita. Itu bagus, tapi kita akan penat bila mereka tidak mengikut. Jadi, kita yang harus berubah dahulu.
"Saya tak ada masalah, kak. Saya kerja bagus, saya jaga solat, saya mengaji dan beri duit pada mak ayah. Suami saya yang bermasalah. Dia yang tidak solat. Dia tidak mahu kerja. Dia yang banyak main game. Dia kaki perempuan."
Begitulah luahan sesetengah isteri ataupun suami.
Kalau kita sudah solat, perkasakan lagi solat. Jaga solat awal waktu. Perbaiki lagi amalan yang lain. Bacaan Al-Quran kita sebelum ini tanpa menghiraukan tadabbur, cuba mulakan tadabbur memahami maknanya.
Selalu kita kuat membebel, kurangkan. Mulakan perkataan yang baik. Harmonikan dengan perubahan diri sendiri dahulu. Selalu kita cepat marah, kuatkan sabar. Selalu kita stress rumah bersepah, cuba tenangkan. Berubah itu perlukan mujahadah.
Bukan sehari dua terus jadi. Tapi harus mulakan dari sekarang. Usahlah mencipta takdir yang salah yang kita sendiri tidak mahu berdamai dengannya. Usahlah membenci kehidupan yang kita sendiri memilihnya. Sebaliknya pilihlah bahagia.
Usaha kita berubah untuk menjadi lebih baik akan menarik rahmat Allah. Allah akan kasihkan orang-orang yang membalas keburukan dengan kebaikan. Allah suka orang yang bersabar setiap ujian perasaan. Allah suka kita berterusan buat kebaikan.
Senyumlah, saat kenangan masih tersimpan. Senyumlah, saat Allah mengizinkan hidup berpasangan. Berhenti menyebarkan keburukan pasangan. Berhentilah perli-perli pasangan. Berhentilah menyakiti pasangan.
Mulakanlah merubah diri sendiri, dan perkasakan doa buat pasangan. Allah yang mengizinkan pasangan itu menguji kita, jadi Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Kita? Perbetulkan diri lagi dan lagi agar persiapan Akhirat kita lebih manis dan terpandu. InsyaAllah.
Bahagia itu pilihan kita. Nikmatilah dengan hati yang sempurna.

cp : #kakidayangbahagia

Tuesday 22 October 2019

DOA Perisai DIRI


Jadikanlah doa itu bicara cinta kita bersama Allah. Jadikanlah doa itu perisai yang menolak segala rasa sakit yang menombak di hati. Jadikanlah doa itu sebagai hiburan buat hati yang rindukan Tuhan.
Doa itu ibadah. Lazimi lidah kita dengan lantunan suara yang menjadi ibadah. Basahi lidah kita dengan kalimat doa yang menyejukkan rasa. Agar, lidah akan sentiasa terdidik untuk berbicara yang baik-baik sahaja.
Bersangka baiklah di dalam setiap munajat doa pada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui keadaan kita semua.
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan perkenankan bagimu."
(Ghafir : 60)
Assalamualaikum wrm wbt.
Selamat pagi buat semua sahabat mukabuku.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
#cpkakidayangbahagia