Thursday 5 December 2019

Tanduk Vs Gading

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Peribahasa sahaja. Maksudnya juga jelas. Kau dapat yang baru, yang lama sudah boleh tolak tepi.

Kenapa tanduk? Kenapa gading.

Ku cari persamaannya. Oh. Kedua-dua punya bentuk hampir sama. Mungkin tanduk kurang cantik kerana warnanya, namun kekuatan mungkin sama bagai si gading.

Walau sama fungsi dan kekuatan, gading bila dijumpai, pasti bisa merubah hati pemilik tanduk.

Nyata mata itu hanya mahu yang baharu. Yang lebih indah luaran. Walau fungsinya sama. Untuk tujuan yang sama. Andai terserempak si gading ditengah jalan, pasti ramai akan menyisih tanduk yang ada.

Aku tidak percaya andai ada yang megatakan, aku tidak akan tunduk pada gading yang pertama, kedua ketiga mahupun ke-18.Kerana tandukku ini sangat berguna. Aku masih memerlukannya.

Lantas saat terjumpa gading ke-19, aku tidak mampu lagi menolak. Tiba-tiba terasa tanduk itu tidak berguna lagi. Gading yang ini sangat menarik.

Tanduk yang kau pertahankan selama ini, kau simpan bukan kerana kau sudah berpuashati dengannya. Kau simpan kerana kau masih belum berjumpa gading yang terbaik.

Saat matamu terpandang yang paling bagus gradenya, nyata kau terus melempar tanduk ditangan.

CP .. gambar tiada kena mengena denagn posting .




Monday 25 November 2019

*Siapakah Yang Tidak Baik?*

*Siapakah Yang Tidak Baik?*
——————————
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit cerita perihal manusia di dunia.
Kita sering tertanya-tanya siapakah manusia yang baik dan tidak baik.
InsyAllah dari episod secebis kisah ini, kita dapat gambaran bagi kita menilai sikap manusia.
Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 Keadaan Manusia.
*1. Kisah manusia yang pertama.*
Beliau rajin sekali Ibadahnya, Namun Sombong, Angkuh dan Merasa Suci.
*2. Kisah manusia yang kedua*
Manusia yang sangat jarang Ibadah, Namun Akhlaknya begitu Mulia, Rendah Hati, Santun, Lembut dan Cinta dengan Sesama.
Lalu Sang Guru Sufi menjawab:
“Kedua-dua manusia itu baik ".
Lalu beliau ditanya kenapa.
Guru Sufi bercerita lagi.
Boleh jadi suatu Saat Ahli Ibadah yang Sombong menemukan kesedarannya tentang Akhlaknya yang Buruk .
Lalu dia bertaubat dan ia akan menjadi seseorang yang berpribadi yang Baik secara lahir dan batinnya.
Dan manusia yang kedua boleh jadi baik disebabkan Kebaikan Hatinya, Allah akan menurunkan Hidayah lalu ia menjadi Ahli Ibadah yang juga memiliki kebaikan lahir dan batinnya.
Kemudian orang yang bertanyakan soalan tersebut menjadi tidak senang dan terus bertanya lagi kerana berkehendakkan jawapan lain pula.
Orang tersebut bertanya lagi,
*" Lalu siapa yang tidak baik kalau begitu Tuan Guru?”*
Sang Guru Sufi menjawab :
*" Yang tidak Baik adalah Kita, orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain namun lalai dari menilai diri sendiri ".*
Inilah secebis kisah diri kita. Kita sering menilai manusia. Kita sering melihat salah orang.
Kita sering menceritakan kebaikan manusia yang kita suka dan sayang.
Kita juga sering dan hanya bercerita tentang keburukan orang yang kita tidak suka dan sayang.
*Mulai hari ini, ubahlah sikap buruk kita. Mulakan bercerita kebaikan tentang manusia yang kita tidak suka dan tidak sayang.*
Setiap manusia Tuhan berikan kebaikan dan keburukan. Teruskan bercerita kebaikan manusia yang kita suka dan sayang.
Namun, silalah becerita perihal kebaikan-kebaikan orang yang kita tidak suka dan sayang.
Sukar? Memang sukar namun perubahan dan inovasi pemikiran wajar dilaksanakan. Usah becerita perihal perubahan dunia atau negara atau perubahan orang lain.
Mulakan dengan perubahan minda dan paradigma diri.
Tiada modal kewangan.
Tiada kudrat tulang empat kerat.
Tiada isu berpeluh berjam-jam.
Tiada isu berperang di lapangan.
Mulakan dengan pemindahan minda yang lebih murni dan harmoni.
Mulakan dengan perubahan paradigma diri.
Mulakan dengan menyantuni kebaikan manusia.
Inilah nilai diri kita. Hitung dan tanya diri setiap hari.
Berapa banyakkan cerita hal manusia lain yang aku ceburi?
Barapa banyakkan episod manusia keliling diri yang aku berceloteh setiap hari?
Berapa banyaka ketawa diri dengan rakan tentang buruk manusia dan bukan buruk diri?
Kita sering menggunakan cermin kanta melihat salah orang. Kita gunakan kanta dalam menilai diri manusia sekeliling lalu berkongsi cerita melalui media sosial, melalu kumpulan Whataspp, bercerita dalam kumpulan-kumpulan kita tentang hal orang.
Walhal kita patut menggunakan cermin menilai diri sendiri.
Kisah ini merupakan satu peringatan buat siri yang ingin saya kongsikan bersama.
*”Anyone can find dirt in someone. Be the one who finds gold.” - Anon*
*”When you choose to see the good in others, you end up finding good in yourself.” - Unknown*
*”The worst of our faults is our interest in other people’s faults.” - Ali Abi Talib (ra)*
Ubahlah sikap diri. Peringatan ini untuk diri sendiri namun saya berkongsi agar ada manfaat yang insyAllah mungkin dapat diberi. Kebaikan dari Allah sudah pasti dan buruk itu wajib dari diri penulis kerdil ini.

Hari ini Tanggal 25 Novewmber 2019, Kembalinya suami sahabat saya ,  abang Rosli ke Rahmatullah   jam 1 pagi tadi.  Mohon sahabat2  doakan Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang - orang beriman. 
Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. 
  
#AzadJasmi l 25 Nov 2019*
#annesulaiman
Forensik hospital sg.buloh

Thursday 31 October 2019

HATI YANG SATU



Tidak dinafikan, hati berubah sikap apabila berhadapan dengan sesuatu perkara. Pada masa-masa tertentu, hati dapat menerima sesuatu keadaan tetapi pada waktu yang lain, hati berubah menjadi sebaliknya.
Sebenarnya, hati jarang sekali tetap teguh pada satu-satu perkara. Ada masanya, hati dapat menerima dan ada masanya hati menolak. Hal ini disebabkan di dalam hati manusia sendiri terdapat pelbagai ramuan yang dapat menyebabkan hati berubah.
Ada masanya, hati tidak berubah walaupun dipujuk berkali-kali, tetapi ada masanya hati dapat berubah sekelip mata. Ini adalah satu petanda hati tidak teguh pendiriannya.
Begitulah keadaan dan sikap hati apabila berhadapan dengan kebenaran. Ada yang dicuba hatinya kemudian tidak percaya dengan Allah. Malah ada yang semakin bertambah iman serta keyakinan pada Allah. Tidak kurang juga ada hati yang ragu-ragu serta tidak memahami apa yang disampaikan.
Sekiranya kita rajin mengkaji, banyak faedahnya mengenali penyakit hati di dalam Al-Quran. Apabila mengenalinya, kita berusaha mencari penawar bagi hati yang sakit menderita itu.
ALLAH berfirman ;
"Pada hari Kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak pinak kecuali orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera."
(Surah As-Syura : ayat 88-89)

"BAHAGIAKAN HATIMU"
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

#annesulaiman

Thursday 24 October 2019

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN




Beli laptop atau telefon baru, tak salah. Nak guna yang lama pun tak salah. Itu hak masing-masing, bab harga sama dengan umrah atau deposit rumah, semuanya sendiri punya keputusan.
Namun, ada kegunaan laptop dan telefon untuk jadikan kalian jutawan, buktikan yang beli telefon atau laptop berharga RM6,000, boleh jana RM1,000,000 setahun.
Ini yang kita boleh buat:
1. Tulis #content bermanfaat, 1 atau 2 penulisan yang educate orang, inspire orang, dapat lebih 100 share sehari.
100 share, boleh kot dapat 50-70 peningkatan follower sehari.
70 follower x 365 hari setahun = 25,550 follower setahun.
2. Susun posting iklan sekali sehari. Jika produk kalian itu berharga RM79.90, sehari kalian boleh jual 35 unit sahaja, maka
RM79.90 x 35 unit = RM2,796.50 sehari
RM2,796.50 x 365 hari setahun = RM1,020,722.50
3. Bagaimana nak capai jualan 35 unit sehari?
Buat ini:
- susun content penerangan produk.
- buat iklan soft sell
- buat iklan hard sell
- contest
- review produk
- hype dan gimik
- bayar ads
Dan kalian pun jadi jutawan.
*****
Cara kerja, beza.
Cara fikir, beza.
Masa jadi tak tentu, boleh jadi siang kalian pergi kelas (kalau kalian student), atau uruskan rumah (kalau kalian suri rumah) atau kalian kerja, nak jadikan ini sebagai part time, kalian hanya perlu susunkan posting ikut timing sahaja.
10 pagi - crowd
12 tengah hari - iklan
3 petang - crowd atau side.
Settle!
Sedangkan ada suri rumah boleh jana jualan sampai RM6,000 sehari, inikan kalian yang ada otak emas dan cergas, pasti lebih boleh!
Kita kawal diri kita, guna media sosial untuk bikin sesuatu, bukan merugikan diri sendiri okey!
Dah kaya, bawa keluarga emak ayah tunai umrah. Buktikan beli telefon harga RM6,000 boleh jana RM6,000,000!
Begitulah.


Kalau nak seribu daya. Nak tips lagi, klik sini: https://t.me/ContentKHM Khairul Hakimin Muhammad,

Wednesday 23 October 2019

BAHAGI ITU PILIHAN ...

Usahlah terlalu stress dengan pasangan. Masam mencuka, diam membisu, pendam seribu, dendam terbuku, kecewa dipalu, ammarah dipadu, lancang sama laju, berat dipangku. Lalu akhirnya hilang mawaddah, rahmah dan sakinah.
Cuitlah sekali sekala. Mengalahlah sekali sekala. Diamlah sekali sekala. Usiklah sekali sekala. Senyumlah sentiasa. Andai kita tidak memulakan, masakan berubah semuanya?
Mengharap pasangan berubah adalah umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Tidak akan berubah manusia dengan kata-kata, bahkan kita akan penat dan kecewa. Lebih-lebih lagi apabila pasangan seakan buat tidak tahu.
Jadi bagaimana?
Kitalah yang harus ubah diri dahulu. Berasa diri sudah bagus dan baik akan membuat pasangan juga berasa demikian. Sama keras, sama ego, sama menanti perubahan pasangan dan sama sukar dilentur. Percayalah.
Sebaliknya, kesabaran kita mendidik diri sendiri supaya menjadi lebih baik akan menempiaskan kebaikan kepada pasangan dan anak-anak. Mereka melihat, lalu Allah memberikan hidayah. Mengapa kita terlalu gundah?
Yang membuat kita tertekan ialah kita mahu merubah orang lain menjadi seperti kita. Itu bagus, tapi kita akan penat bila mereka tidak mengikut. Jadi, kita yang harus berubah dahulu.
"Saya tak ada masalah, kak. Saya kerja bagus, saya jaga solat, saya mengaji dan beri duit pada mak ayah. Suami saya yang bermasalah. Dia yang tidak solat. Dia tidak mahu kerja. Dia yang banyak main game. Dia kaki perempuan."
Begitulah luahan sesetengah isteri ataupun suami.
Kalau kita sudah solat, perkasakan lagi solat. Jaga solat awal waktu. Perbaiki lagi amalan yang lain. Bacaan Al-Quran kita sebelum ini tanpa menghiraukan tadabbur, cuba mulakan tadabbur memahami maknanya.
Selalu kita kuat membebel, kurangkan. Mulakan perkataan yang baik. Harmonikan dengan perubahan diri sendiri dahulu. Selalu kita cepat marah, kuatkan sabar. Selalu kita stress rumah bersepah, cuba tenangkan. Berubah itu perlukan mujahadah.
Bukan sehari dua terus jadi. Tapi harus mulakan dari sekarang. Usahlah mencipta takdir yang salah yang kita sendiri tidak mahu berdamai dengannya. Usahlah membenci kehidupan yang kita sendiri memilihnya. Sebaliknya pilihlah bahagia.
Usaha kita berubah untuk menjadi lebih baik akan menarik rahmat Allah. Allah akan kasihkan orang-orang yang membalas keburukan dengan kebaikan. Allah suka orang yang bersabar setiap ujian perasaan. Allah suka kita berterusan buat kebaikan.
Senyumlah, saat kenangan masih tersimpan. Senyumlah, saat Allah mengizinkan hidup berpasangan. Berhenti menyebarkan keburukan pasangan. Berhentilah perli-perli pasangan. Berhentilah menyakiti pasangan.
Mulakanlah merubah diri sendiri, dan perkasakan doa buat pasangan. Allah yang mengizinkan pasangan itu menguji kita, jadi Allah lebih tahu yang terbaik buat kita. Kita? Perbetulkan diri lagi dan lagi agar persiapan Akhirat kita lebih manis dan terpandu. InsyaAllah.
Bahagia itu pilihan kita. Nikmatilah dengan hati yang sempurna.

cp : #kakidayangbahagia

Tuesday 22 October 2019

DOA Perisai DIRI


Jadikanlah doa itu bicara cinta kita bersama Allah. Jadikanlah doa itu perisai yang menolak segala rasa sakit yang menombak di hati. Jadikanlah doa itu sebagai hiburan buat hati yang rindukan Tuhan.
Doa itu ibadah. Lazimi lidah kita dengan lantunan suara yang menjadi ibadah. Basahi lidah kita dengan kalimat doa yang menyejukkan rasa. Agar, lidah akan sentiasa terdidik untuk berbicara yang baik-baik sahaja.
Bersangka baiklah di dalam setiap munajat doa pada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui keadaan kita semua.
"Berdoalah kepada-Ku, nescaya aku akan perkenankan bagimu."
(Ghafir : 60)
Assalamualaikum wrm wbt.
Selamat pagi buat semua sahabat mukabuku.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
#cpkakidayangbahagia