Monday 11 May 2009

SHELAMAT HARI IBU

Agak lama menyepi.. sibuk dengan aktiviti harianku... malah keadaan kandungan kali ini tidak seperti sebelum.. @ tiada aktiviti2 berat seperti sebelum ini....mungkin usia semakin meningkat..aktiviti menguruskan kerjaya & keluarga yang lebih mencabar...membuatkan aku sedikit terasa bebanan itu..

Leka betul aku semalam.... sejak sabtu ptg balik dr melaka kau sibuk sediakan tempahan kek sempena hari ibu.... tapi aku lupa nak wish untuk mak sendiri... maafkanku ibu....

Semalam.. badan masih terasa lemah walaupuh dah baik dr demam.. kutitip gambar2 ibu dlm album usang yang masih dalam simpanan....menitis air mata... ternyata hati begitu merindumu ibu... pertemuan terakihr kami january lalu... oh Tuhan hampir 4 bulan tidak kutatap wajahnya...mungkin ingatan aku membuatkan ibu jua seperti itu... belum sempat kukesat air mata telefon berdering.... ibu kesayangan ditalian... dia terlebih dulu wish aku " selamat hari ibu"sememang ibu sedang menunggu panggilan dari aku.. kami saling merindui.... maafkan anakmu ini......

Tiba2 juga aku teringatkan kad dari anakku ALYA.. dari hari juamaat lagi dia dah serahkan kad tu pada aku..aku cuma belek-belek begitu aja.. terus aku kembali dapatkannya...

emmmm .. pertama kali dapat kad dari anak sendiri sempena hari ibu.. walaupun tidak secantik mana tapi itu hasil tanganya sendiri... ku masukkan dalam album keluarga untuk kusimpan jadi kenangan.. thanks alya....

Sememnag apa lah yang ada pada wang kiriman bulanan.. baju ..hiasan ... mutiara dari seberang... apalah nilai nya seafood , siakat sweet & sour...satay rusa dan telur dadar + kicap jika nak dibandingkan dengan setitik susu & selaut kasih sayang seorang ibu...

SELAMAT HARI IBU BUAT MAK TERSAYANG......SEMOGA DIRIMU SIHAT SEJAHTERA.. DILINDUNGI RAHMATNYA SEPANJANG HAYAT....