Wednesday 22 September 2010

PERCUMA: CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYU DARA & KANSER PANGKAL RAHIM

SELAMAT KEMBALI...... 
SALAM CERIA CEMERLANG .. 
DAH PUASA DAH RAYA... DAN MASUK KERJA SEMULA DAH KAN... 
SO SEMPENA KEMBALI BEKERJA NI CIK  BURUNG NAK LA WAR2KAN .. BAHAWASANYA CIK BURUNG & TEAM KINI MENAWARKAN CERAMAH KESEDARAN KANSER PAYUDARA & SERVIK SECARA  
PERCUMA 
KEPADA SAPA2 JE YANG BERMINAT.. 
AKTIVITI2 SKOLAH , IPT, ..OPIS ..PERSATUAN.. KUMPULAN2 APA JUA...  

TUJUAN : MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN D KALANGAN MASYARAKAT TENTANG PEMBUNUH SENYAP  KAUM WANITA INI...   TERUTAMANY PARA REMAJA .. KERANA  MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT...

JADI TAK YAH TUNGGU LAGI YEE... KALAU ADA KELAPANGAN MASA UNTUK DI ISI
HUBUNGI CIK  BURUNG UNTUK  TEMUJANJI @ PERBINCANGAN.. 

CALL : 017-3826048 
EMAIL : ransaar@gmail.com 



TERMS & CONDITION APPLY

Tuesday 7 September 2010

SALAM SYAWAL

Pengunjung2 cik burung .. terima kasih yaa.. atas sokongan semua 
Sempena kedatangan syawal ni Cik Burung ingin mengambil kesempatn mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. semoga perjalanan anda ke kg halaman akan berjalan denagn baik2 saja.. 



Temapahan tatap dibuka , tetapi proses pos mengepos terakhir adalah pada Khamis 12 tghari dan dibuka semula pada Rabu  15 September 2010.


Tulus Ikhlas Cik Burung

Monday 6 September 2010

Selamat Hari Raya

wahhh.. dah dekat raya.. ni la last minute nyer keja..  plan awalnya keperluan ghaya tahun ni nak  tunjuk2 je kat kedai .. apa jua barang .. sebab penyakit "M" aku memang dah tak dapat d bendung lagi..
tapi apabila  survey2 yang dijalankan tidak memuaskan hati ku sehingg aminggu terakhir ni.. .. maka akhirnya aku menjalankan operasi geledah .. ada kain yg aku suka ni..

Dah aku bego2 kan.. maka jadi la semcam ni .. yang ni utk Qaseeh ... akak2nya .. sabaq naa..jap agi sambung jaet..





operasi menambil masa selama ... satu hari  jugak laaaaa...



jom zom skitt.. as simple as i can..  .





dah .. nak sambung ... projek baju akak2 plak.. chau chincau ..

Wednesday 1 September 2010

Buasir sering keluar ketika datang haid

SLAMAT  HARI MERDEKA UNTUK SEMUA.. 

PERKONGSIAAN MASALAH- harian metro..

SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai sedikit masalah mengenai buasir. Saya menganggap ia boleh diubati dengan membeli ubat di farmasi saja, jadi saya tidak pernah melakukan pemeriksaan di klinik ataupun hospital mengenai masalah yang saya alami itu.
Tetapi, saya rasa buasir itu tidak mengecil dan terus hilang, ditambah lagi apabila datang haid, buasir itu sering keluar dan saya terpaksa memasukkannya semula.

Buasir yang keluar biasanya sebesar kacang hijau, tetapi adakah saya perlu menjalani pembedahan untuk membuang buasir berkenaan? Adakah sebarang cara lain selain pembedahan?

Saya kini sangat risau kerana pada November nanti, saya akan mendirikan rumah tangga. Saya bimbang ia menjadi semakin teruk apabila sudah hamil dan mempunyai anak kelak.

NOR
Shah Alam, Selangor



BUASIR adalah bengkak yang mengandungi salur darah vena yang mengembang di bawah kulitnya.

Ia disebabkan tekanan berlebihan dan berpanjangan seperti meneran (akibat sering sembelit), batuk kronik, tabiat sering mengangkat berat, ketumbuhan di dalam abdomen dan seumpamanya.

Rawatan buasir yang paling penting adalah untuk menjaga supaya faktor tekanan di atas dielakkan atau diubati. Jika tidak, selepas rawatan membuang daging lebih terbabit, buasir boleh berulang.

Pemakanan berserat tinggi dan meminum air mencukupi amat penting. Rawatan selain pembedahan adalah prosedur kecil yang dilakukan di klinik menggunakan cincin getah yang ketat untuk memutuskan bekalan darah ke atas daging lebih itu, menyebabkan ia gugur setelah beberapa hari.

Pemeriksaan doktor terlebih dulu penting untuk menilai buasir secara keseluruhannya. Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir luaran (buasir eksterna) dan buasir dalaman (buasir interna).