Thursday 5 December 2019

Tanduk Vs Gading

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Peribahasa sahaja. Maksudnya juga jelas. Kau dapat yang baru, yang lama sudah boleh tolak tepi.

Kenapa tanduk? Kenapa gading.

Ku cari persamaannya. Oh. Kedua-dua punya bentuk hampir sama. Mungkin tanduk kurang cantik kerana warnanya, namun kekuatan mungkin sama bagai si gading.

Walau sama fungsi dan kekuatan, gading bila dijumpai, pasti bisa merubah hati pemilik tanduk.

Nyata mata itu hanya mahu yang baharu. Yang lebih indah luaran. Walau fungsinya sama. Untuk tujuan yang sama. Andai terserempak si gading ditengah jalan, pasti ramai akan menyisih tanduk yang ada.

Aku tidak percaya andai ada yang megatakan, aku tidak akan tunduk pada gading yang pertama, kedua ketiga mahupun ke-18.Kerana tandukku ini sangat berguna. Aku masih memerlukannya.

Lantas saat terjumpa gading ke-19, aku tidak mampu lagi menolak. Tiba-tiba terasa tanduk itu tidak berguna lagi. Gading yang ini sangat menarik.

Tanduk yang kau pertahankan selama ini, kau simpan bukan kerana kau sudah berpuashati dengannya. Kau simpan kerana kau masih belum berjumpa gading yang terbaik.

Saat matamu terpandang yang paling bagus gradenya, nyata kau terus melempar tanduk ditangan.

CP .. gambar tiada kena mengena denagn posting .